Thursday, May 7, 2009

jln kt sunway

ari nie aku berjln2 seharian dgn lbh kurang 10 orang kwn aku....syoknyer......lama betul tak jumpa kwn2 sejak lps SPM.....hrp2 suma x loose contact bila dh stat pengajian.....

Tuesday, May 5, 2009

MCM BIASA

skrg duk umah mcm biasa.....pg keluar mkn....ptg jd driver.......berdebar-debar tunggu result UTP

Sunday, May 3, 2009

Lupakan saja....

aku dh hampir berjaya utk masuk KOLEJ TENTERA UDARA.....semua test lepas...kesihatan(buat sihat walaupun ada migrain n back pain)...air aptitude lulus...berani aku kata 90% aku dh confirm terpilih...tinggal sikit je lagi.......G subang n sg besi pastu g ipoh...tp akhirnya aku tarik diri sbb aku fikir untuk long term......melibatkan nyawa aku klu aku proceed kerjaya nie...menderita nanti....so aku terpaksa lupakan cita2 aku sejak kecil lg....aku dh fikir masak masak.....

Thursday, March 19, 2009

Jumpa 3 bln kemudian...slmt tinggal

Aku dh berjaya dptkan lesen P.....dh hampir sebulan...pelbagai pengalaman yg aku alami ketika memandu.....setakat nie top speed aku dah capai 170 km/h...mungkin klu aku bwa Ferrari dh sampai 300 km/h...perasan gila...tp apa2pon aku punya cita2 utama ialah nk terbang melebihi kelajuan bunyi.....SUPERSONIC.....ada juga time aku langgar undang2 jln...banyak kali dh....hampir2 kemalangan pon sudah.......skrg tiba masanya aku akan ke PLKN selama 3 bln.......bye

Wednesday, February 11, 2009

X sabarnyer.....

aku dlm proses nk dapatkan lesen P.......ramai gak kekawan yg aku jumpa kat IDI.......sory lama x blogging.......malas nya.........

Saturday, January 3, 2009

Let's try photoshop......Digital Photography

My Sister.....Along

Lion VS Cat.......How is it?

Classic view......

Binaan Di Lost World....Tambun

Saya baru belajar guna photoshop......Nak belajar tu amik masa yg panjang tp nak buat tu simple saja......Maklumlah belajar sendiri dgn menggunakan buku.......

Wednesday, December 24, 2008

Suasana Dalam KMPP

Lab Komputer

Asrama pe;ajar...

Dewan Utama....

Dataran.....


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. Ia merupakan antara 5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA tempatan dan luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej yang serba canggih ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ditadbir oleh seorang Pengarah dan di bantu oleh seorang Timbalan Pengarah dan empat orang Ketua Jabatan dan Penolong-penolong Pengarah. Terdapat seramai 190 orang tenaga pengajar yang dipecahkan mengikut unit dan setiap unit diketuai oleh seorang Ketua Unit. Di samping itu, urusan pentadbiran dan pengurusan turut dibantu oleh 72 orang staf sokongan.


Tuesday, December 23, 2008

Pilihan Raya Kecil...KUALA TERENGGANU

Tak sabar nak tengok perlawanan nie berapa penjuru......Barisan Nasional dan umum kan calon(Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh) ....Skrg tunggu calon dari Pakatan Rakyat pula.........

Next...ujian memandu..Boring.....:;;;;(((((

wah...lambat betul rasanya utk nak dapatkan lesen memandu......ada lg berbelas-belas jam yg perlu saya habiskan utk dptkan lesen L.........yg tu baru lesen L belum P lg....lps L kena tunggu sebulan pula untuk nak dapatkan lesen..........my next class memandu....31.12.08 at 12:15 pm......boringlar klu asyik kena dengar ceramah je.........g tdo je dlm kelas.......

Saturday, December 20, 2008

Restoran Idaman Suri...



Restoran nie terletak dkt dgn hospital bagan specialist.....alamat kedai yg betul saya x tahu tp yg saya tahu makanan dkt kedai nie sedap dan pelanggannya pun ramai...melayu,cina,india.... semua berkunjung ke kedai ini......waktu rehat kerja mmg sesak kedai nie....

Friday, December 12, 2008

Ujian memandu....gagal...lulus

Huh...susah gak ujian memandu@komputer kalau tak baca buku undang-undang.....First time failed...40/50..but then saya reseat balik the test then dpt......49/50....syok la....SILA BACA BUKU TERSEBUT SEBELUM MENGAMBIL TEST TERSEBUT IF NOT U WILL BE IN TROUBLE........HAHAHAHAHA

Monday, December 8, 2008

Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha




Agak sedih tahun ini kerana tidak dapat menyambut hari raya aidiladha di kampung halaman@Kelantan......Pada pagi raya,saya menunaikan solat di Masjid Al-Jamiul Badawi yang terletak di tengah-tengah pekan Kepala Batas...Di sinilah juga terletaknya kampung halaman Perdana Menteri Malaysia yang Ke-5 iaitu Datuk Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi..Pak Lah menunaikan solat di masjid tersebut juga....sayangnya saya tidak sempat bersalaman dengan beliau...Kehadiran beliau di sini diiringi oleh berpuluh-puluh orang polis dan bodyguardnya.....Walaupun pada tahun ini saya beraya disini,kami sekeluarga menyediakan juadah ala Kelantan untuk mengubati rindu kami terhadap juadah Kelantan yang begitu enak dan lazat sekali...Antara hidangan yang di sediakan untuk majlis rumah terbuka secara kecil-kecilan ini ialah nasi dagang,pulut kuning,sri kaya dan lemang serta sambal daging........

Selamat Hari Raya AidilAdha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam......

Model terkemuka sempena hari raya.....





Inilah pose yang diberikan oleh sepupu@baju koko dan rakan@baju merah apabila diminta untuk bergambar...Pelbagai pose yang begitu mencuit hati telah saya rakamkan tetapi saya telah memilih 5 yang terbaik untuk dimuatkan dalam blog ini.........

Saturday, December 6, 2008

Menyusuri Sungai Prai



Sesuatu pengalaman yang amat menarik bagi saya apabila berpeluang menyusuri Sungai Prai menggunakan boat.....pemandangan di sekitar sungai tersebut amat menarik sekali....Ketika dalam boat saya melalui kawasan pengkalan boat kastam dan bomba,depo membaiki feri,gula perai dan macam-macam lagi@banyak sangat.Saya juga dibawa menyusuri sungai tersebut hingga ke kawasan laut(dari Sungai Prai hingga ke Jeti Pengkalan Raja Tun Uda di sebelah pulau)Baru saya tahu bahawa ombak di kawasan laut dan sungai amat berbeza sama sekali...Di laut ombaknya amat beralun sehinggakan kami terlompat-lompat dalam boat tersebut.Lain pula di sungai,airnya amat tenang takala pemandu boat memecut boatnya dengan laju sekali....

Thursday, December 4, 2008

Perhatian!!!!!!

Jamuan kelas 5 Lambda

Tarikh:10 Disember 2008
Tempat:Hongkie Restaurant,Jaya Jusco Bandar Perda..
Masa:2.00 P.M

Pelajar bukan dari kelas 5 Lambda yang berminat boleh menghubungi Nurul Ashikin

Wednesday, December 3, 2008

Model Iklan...



Sejak saya mula menggunakkan kamera jenis DSLR(Digital Single Lens Reflex) adik saya menjadi model iklan untuk saya mengasah kemahiran saya mengoperasikan kamera jenis tersebut........glamour beb....tahniah Afif kerana berjaya memberikan pose-pose yang menarik sekali....

Monday, December 1, 2008

SMKDOB@Class of 08'




Hari ini@011208 merupakan hari terakhir saya mengambil peperiksaan SPM,iaitu untuk subjek Prinsip Perakaunan.....masa duduk dalam dewan memang lambat rasanya exam tersebut nak habis...semasa menantikan jarum jam berdetik hampir pukul 12;25 tengah hari...saya tersenyum sinis kepada rakan yang berada di sekeliling,TING,HANISHA,KELVIN,NABILA dan pada masa yang sama saya menendang-nendang kerusi KELVIN yang duduk di depan saya....sampaikan masa pengawas peperiksaan yg mengutip kertas OMR saya berkata kepada saya''amboi tak sabarnya''......SYABAS kepada pengawas peperiksaan yang menjalankan tugas dengan baik.....Huh lega rasanya lepas keluar dewan!!!Setibanya di rumah saya bermain komputer,teringat kembali nostalgia-nostalgia bersama rakan di dalam kelas apabila melihat koleksi gambar yang di tangkap di sekolah........