Monday, December 8, 2008

Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha




Agak sedih tahun ini kerana tidak dapat menyambut hari raya aidiladha di kampung halaman@Kelantan......Pada pagi raya,saya menunaikan solat di Masjid Al-Jamiul Badawi yang terletak di tengah-tengah pekan Kepala Batas...Di sinilah juga terletaknya kampung halaman Perdana Menteri Malaysia yang Ke-5 iaitu Datuk Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi..Pak Lah menunaikan solat di masjid tersebut juga....sayangnya saya tidak sempat bersalaman dengan beliau...Kehadiran beliau di sini diiringi oleh berpuluh-puluh orang polis dan bodyguardnya.....Walaupun pada tahun ini saya beraya disini,kami sekeluarga menyediakan juadah ala Kelantan untuk mengubati rindu kami terhadap juadah Kelantan yang begitu enak dan lazat sekali...Antara hidangan yang di sediakan untuk majlis rumah terbuka secara kecil-kecilan ini ialah nasi dagang,pulut kuning,sri kaya dan lemang serta sambal daging........

No comments: